Nampaknya sebuah lagi insiden bergaduh semasa membeli kasut telah berlaku. Pada kali ini insiden ini berlaku di Printemps store yang bertempat di Paris.

Difahamkan punca pergaduhan ini berlaku apabila terdapat sekumpulan pembeli berbangsa Perancis yang memotong barisan dalam usaha mendapatkan Balenciaga Triple S Trainer.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tindakan tersebut telah mencetus kontroversi apabila terdapat pembeli berbangsa Cina yang menegur tindakan tidak bermoral kumpulan ini. Pemangsa dikatakan telah mencetus pergaduhan apabila menumbuk mangsa yang menegurnya.

balenciaga-triple-s-closer-look-1
Sneakers yang menjadi punca rebutan 

Lebih parah, pekerja Printemps Store yang menawarkan kasut Balenciaga memilih untuk menghina serta menghalau mangsa berbangsa Cina ini. Tindakan yang dibuat pekerja Printemps ini sekaligus telah menimbulkan isu perkauman di negara itu.

Berikutan insiden yang berlaku sebuah kempen yang dinamakan sebagai #BoycottBalenciagaDiscriminatesChinese telah dijalankan di Weibo dalam usaha untuk menghalau jenama yang berasal dari Perancis ini untuk tidak lagi beroperasi di China. Berikut merupakan rakaman pendek yang dibuat sepanjang insiden ini berlaku.

https://twitter.com/BALENCIAGA/status/989969198309920770?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.asiaone.com%2Fchina%2Fbalenciaga-paris-store-apologise-over-incident-chinese-customers&tfw_creator=sphasiaone&tfw_site=sphasiaone