Ini berita baik buat anda peminat jenama Balenciaga. Balenciaga kini tampil dengan koleksi beg pouch.

Menariknya, beg pouch ini diperbuat daripada kulit lembu dan hadir dengan 3 pilihan warna iaitu putih, hitam dan merah. Bagi beg pouch yang berwarna putih, ia hadir dengan corak graviti, manakala untuk hitam dan putih tidak memiliki corak. Pada setiap beg, perkataan Balenciaga diletakkan pada bahagian depan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, harga koleksi beg yang bercorak graviti adalah $850 (~RM3,516.58) dan boleh ditempah di sini. Manakala untuk beg versi warna merah dan hitam pula berharga $695 (~RM2,875.32) dan boleh dibeli secara atas talian di sini.

balenciaga:vckt2

balenciaga:vckt3