Selepas berjaya menggantikan jenama Gucci sebagai jenama paling popular di dunia pada tahun lalu, Balenciaga nampaknya berjaya mengekalkan kedudukannya selepas sekali lagi dinobatkan sebagai jenama paling popular buat suku pertama tahun 2018.

Kejayaan ini telah membuatkan jenama yang berasal dari Paris ini sebagai jenama paling popular selama 9 bulan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dari segi angka penjualan, jenama seperti Gucci, Off-White™, Stone Island dan Vetements masing-masing didapati menerima jumlah penjualan yang berkurangan.

untitled-2 (1)

Selain itu, jenama Prada berjaya menunjukkan peningkatan selepas berjaya disenaraikan sebagai jenama ke-11 paling popular hasil penawaran model Cloudbust.

Berdasarkan laporan daripada The Lyst, antara produk popular yang tersenarai adalah Off-White™’s diagonal hoodie, Balenciaga Speed Trainer, GG Logo Belt dan Gucci Slides.

gettyimages-697410790

Sekiranya anda merupakan seorang hypebeast yang sering mengikuti perkembangan fesyen, kami yakin anda cukup kenal dengan jenama dan model-model ini.