Jenama fesyen terkemuka dunia Balenciaga baru-baru ini melancarkan kasut terbaru daripada jenama ini dengan tulisan ‘The Power Of Dreams’. Frasa ini bukan pertama kali digunakan tetapi telah digunakan untuk beberapa koleksi tahun lalu.

Balenciaga 2

Balenciaga ‘The Power Of Dreams’ Speed Knit

Apabila terbaca ayat ini, sebenarnya saya terus teringatkan kepada jenama kereta Honda. Jadi apa samanya? ‘The Power of Dreams’ adalah slogan untuk jenama kereta automatif Jepun ini dan telah digunakan sejak tahun 2015 lagi.

Dari sudut kreatif, ianya persamaan yang sangat ketara Balenciaga mengambil slogan ini secara terus dan meletakkannya pada produk Balenciaga.

Setiap slogan ini sebenarnya adalah identiti kepada sesuatu jenama. Jika dipandang dari satu sudut, ianya free marketing kepada jenama Honda dan dari satu sudut, ianya satu kes plagiat secara terang-terangan. Apa kata anda?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group