Balenciaga mula memperkenalkan track trainer pada bulan September 2018 yang lalu. Kini jenama tersebut kembali menambah variasi track trainer dengan inovasi teknologi terkini iaitu tambahan ciri LED pada tapak kasut.

balenciaga-track-runner-black-led-light-000

Baharu sahaja dilancarkan, kesemua stok pembelian online sudah habis terjual. Kini pembelian track trainer LED ini hanya boleh didapati di kedai rasmi Balenciaga. Buat masa ini, track trainer LED ini hanya boleh didapati dengan warna triple black sahaja.

Ciri menarik yang terdapat pada kasut ini selain daripada LED ialah penggunaan kusyen premium pada tapak dalam kasut yang menjanjikan keselesaan kepada pengguna. Edisi terbaharu ini dijual pada harga serendah $995 (~RM4,173) sahaja.