Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bali sememangnya destinasi pilihan utama untuk pelancong berbulan madu ataupun untuk bersiar-siar sahaja bersama akan atau keluarga. Kedatangan pelancong dengan jumlah yang ramai dalam satu-satu masa sememangnya boleh mengganggu alam sekitar.

Baru-baru ini pihak berkuasa tempatan megumumkan Bali telah bersedia untuk mengenakan cukai pelancong sebanyak USD10 (RM41) kepada pengunjung dari negara asing. Hasil cukai tersebut akan digunakan untuk membiayai usaha pemuliharaan alam sekitar dan budaya.

Tindakan ini diambil untuk mencapai sasaran pengurangan penggunaan plastik sebanyak 70% dalam tempoh setahun. Bali pada ketika ini sedang cuba menangani masalah plastik yang mencemarkan laut dan pantai. Pihak berkuasa Bali berkata pulau berkenaan menghasilkan 3,800 tan sampah setiap hari dan hanya 60 peratus dilupuskan di kawasan pulupusan sampah.

Hasil cukai tersebut juga akan digunakan untuk menyokong pembangunan Bali. Bali juga telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penggunaan plastik termasuk styrofoam dan penyedut minuman semenjak bulan lalu.

Anda Mungkin Suka