Walaupun kemelut antara Ali Puteh dan juga balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah selesai di mahkamah, tetapi kes itu masih menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, Nor Hidayah dilaporkan telah membeli sebuah kereta mewah Toyota Vellfire hasil gigih berniaga membuatkan Ali Puteh menerima kecaman segelintir netizen.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian Ali di Instagram, dia memuat naik tangkap layar komen kecaman diterimanya daripada netizen yang dipercayai akaun palsu selepas Hidayah dilaporkan membeli sebuah kereta jenis Toyota Vellfire.

Individu tersebut dilihat berang dengan tindakan Ali menjual kereta milik arwah abangnya dan juga melemparkan kata-kata hinaan serta mempersendakan rupa fizikal Ali.

Lantaran itu, Ali tidak melatah dengan komen tersebut dan berdepan dengan kritikan itu dengan tenang serta mengucapkan terima kasih kepada individu terbabit kerana membuatkan dirinya lebih semangat dan kuat.

Sebelum ini, Ali dilaporkan tidak menerima bayaran sebagai duta syarikat pembekal ayam walaupun telah melakukan beberapa komitmen serta mendakwa dirinya sudah tertipu.

Bagi anda yang terlepas berita Ali tidak menerima bayaran sebagai duta, klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lanjut. 

Tidak Terima Bayaran Sebagai Duta, Ali Puteh Kecewa Ditipu Syarikat Pembekal Ayam

Balu Arwah Abam Menang Tuntutan Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi RM60,000