Sebelum ini Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan tindakan pemerintah yang mengharamkan lagu ‘Despacito’ dimainkan atas alasan berbaur lucah. Pada kali ini, game ‘Fight of Gods’ yang menampilkan genre fighting diantara tuhan-tuhan serta para dewa antara yang diharamkan.

Tindakan yang dilakukan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dibuat susulan Steam enggan untuk menurunkan game tersebut 24 jam setelah laporan dibuat. Perkara ini juga secara tidak langsung telah membuatkan ramai gamer yang sering menggunakan platform Steam tidak berpuas hati.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Malaysia Ban 'Steam Store'
Sumber: VG247

Game Fight Of Gods yang menggabungkan tuhan daripada pelbagai agama serta para dewa ini dikatakan telah mencabul sensitiviti orang ramai dalam beragama. Selain itu, kehadiran game ini juga seolah tidak sejajar dengan prinsip Rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian agama.

Pada pendapat kami, tindakan yang dilakukan SKMM ini adalah benar cumanya adalah lebih sekiranya hanya game tersebut yang diturunkan dan bukannya seluruh platform kegemaran ramai ini.

https://twitter.com/sallehsaid/status/906279201904267264

Berdasarkan info terbaru, dikhabarkan pihak Steam telahpun menurunkan game tersebut daripada senarai game yang tersedia sekaligus membolehkan pengguna mengakses Steam Store seperti biasa selepas SKMM berpuas hati dengan tindakan Steam ini.