Hai peminat TheVocket, pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya mengenai salah satu air minuman kegemaran saya sewaktu saya berada di Busan, Korea Selatan. Minuman ini dipanggil ‘Banana Uyu’ yang membawa maksud kepada susu pisang.

img_0519

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada mulanya agak kurang berminat untuk mencubanya tetapi apabila melihat rakan-rakan sekeliling minum minuman tersebut dengan muka yang amat nikmat seperti menerima sinar baru.

Saya tanpa berfikir panjang terus mencapai salah satu Banana Uyu yang berada diatas kerusi batu ketika itu. Kali pertama saya meminum minuman ini, saya terus menyebut:

Whoooooaaaaaa… so delicious!!!

Itulah kata-kata pertama yang mampu saya lontarkan selepas merasai keunikan pada Banana Uyu itu.

muka saya yang sedang menikmati "the power of Banana Uyu"
rupa penulis sewaktu sedang menikmati “the power of Banana Uyu”

Air minuman ini mempunyai bentuk botol yang sangat unik dan mempunyai saiz yang agak besar, rasa yang amat berbeza dan tidak dapat dirasai di negara kita. Sekali minum, sudah tentu inginkan botol seterusnya.

Kebiasaannya minuman ini akan diminum pada waktu sarapan. Air minuman ini juga dikatakan adalah salah satu warisan tradisional negara tersebut. Ia mudah didapati dimana sahaja dari gerai-gerai jalanan sehinggalah supermarket di Korea Selatan.

Anda tidak perlu bimbang dengan status halal air tersebut kerana pada tahun lepas, minuman ini telah menerima taraf halal oleh Malaysia. Khabar baik ini diumumkan oleh Kementerian Pertanian Dan Keselamatan Makanan Korea Selatan.

Dan berita lebih baik lagi, dikhabarkan juga bahawa syarikat minuman ini bakal mengeksport 14.4 tan Banana Uyu yang berstatus halal ke Malaysia pada tahun ini.

https://www.youtube.com/watch?v=bkXontxIfHg&feature=youtu.be