Generasi yang membesar sekitar tahun 2000 pasti akan teruja dengan berita ini. Sebagai sambutan ulang tahun ke-20 Digimon dan filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna, Bandai meraikannya dengan Digivice edisi terhad yang sudah boleh mula ditempah.

Digivice ini mengambil inspirasi daripada filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna dengan rekaan yang serupa serta hadir dengan 6 kad promosi yang boleh digunakan dalam card game Digmon.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk anda yang berminat, anda sudah boleh membuat tempatan awal di laman dalam talian Bandai berharga USD90 (~RM391). Setiap tempahan akan mula dihantar bermula Julai 2020.

Namun, anda mungkin kecewa kerana Digivice edisi khas ini tidak mempunyai fungsi berlawan dan juga berlatih seperti Digivice sebelum-sebelum ini. Ia lebih kepada produk kenang-kenangan untuk filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna sahaja.

Sekiranya mendapat sambutan, kemungkinan besar Bandai akan menghasilkan semula Digivice klasik untuk para peminat. Buat masa sekarang, anda boleh membeli Digivice edisi terhad ini terlebih dahulu.

G-Shock ‘TMJ’ kini menjadi rebutan dalam kalangan peminat setia G-Shock. Klik pada pautan di bawah.

Nilai Dan Populariti G-Shock GA-2100 Ini Meningkat Selepas Disarung Oleh TMJ

https://www.thevocket.com/uniqlo-bakal-lancar-koleksi-khas-bersama-ultraman-april-ini/

Abstrax Buka Tempahan Topeng Muka KN95 Edisi Khas