Nampak siri manga popular Jepun, One Punch Man akan diterbitkan pula dalam versi permainan video oleh Bandai Namco. Mereka turut berkongsikan pengumuman rasmi berkenaan di YouTube dengan penghasilan teaser trailer berdurasi 1 minit 15 saat.

‘One Punch Man: A Hero Nobody Knows’ adalah permainan video yang akan menampilkan konsep permainan 3 lawan 3 seperti Dragon Ball FghtherZ yang akan ditawarkan untuk pelantar PC, PlayStation 4 dan Xbox One.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Watak-watak utama seperti Saitama, Genos, Mumen Rider dan Speed-o Sound Sonic akan muncul dalam permainan ini dan tidak pasti sama ada kekuatan Saitama akan sama hebat seperti versi komik.

Tiada maklumat lanjut tentang permainan video ini ketika ini tetapi segala update akan dimaklumkan pihak Bandai Namco di masa akan datang.

BACA: Lihat Perubahan Fizikal Lelaki Ini Selepas Jalani Latihan ‘One Punch Man’ Selama Sebulan