Harga rumah di seluruh dunia semakin hari semakin tinggi tetapi tidak di bandar Ollolai, Itali ini. Bandar di kepulauan Sardinia ini ingin menjual rumah yang kosong di kepulauan berkenaan pada harga €1 (RM4.85+-) sahaja.

Ini bukanlah gimik pertama bandar-bandar di Itali untuk menarik orang untuk tinggal di bandar berkenan dan nampaknya bandar Ollolai adalah yang pertama mengotakan janji ini. Sardania adalah bandar di kepualaun Itali yang semestinya kaya dengan keindahan alam dan sejarah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
ollolai town
Pemandangan bandar Ollolai
ollolai 1
Kedudukan bandar Ollolai

Namun pembelian rumah ini mempunyai syaratnya. Rumah yang ditawarkan bukanlah dalam kondisi yang baik dan pembeli juga perlu membaik pulih rumah berkenaan dalam masa tiga tahu. Kos pemulihan rumah ini pula dijangka sekitar USD25,000 (RM97,000+-).

Tawaran ini adalah idea datuk bandar bandar Ollolai, Efisio Arbau. Menurut Arbau, populasi bandar berkenan semakin menurun tahun demi tahun dan ini adalah salah satu inisiatif beliau untuk mengelakkan bandar berkenaan menjadi ‘bandar hantu’. Populasi bandar berkenaan hanya 1,300 orang sahaja ketika ini dan kadar kelahiran bayi juga tidak membantu menambah jumlah penduduk di bandar berkenaan.

https://twitter.com/djstern8/status/958354907169423360

“Bandar ini adalah kekuatan kami. Dan kami ada penduduk yang kuat dan kami tidak mahu bandar ini mati,” kata Arbau. Ollolai adalah antara bandar yang masih mengekalkan ketulenan Sardinia. Anak-anak muda di kepulauan ini ramai yang berhijrah ke bandar yang lebih besar untuk peluang pekerjaan yang lebih baik.

200 rumah yang ditawarkan ini diharap dapat mengembalikan suasana meriah bandar ini di samping penduduk baru yang akan menghias kembali rumah-rumah ini. Jika satu konsep seperti ini dibuat di Malaysia, adakah ianya akan mendapat sambutan?

Sumber