Sebuah bandar di Itali menawarkan rumah dengan harga jualan yang tidak masuk akal bagi menarik orang ramai berpindah ke kawasan mereka.

Bandar penuh bersejarah Taranto di Itali membuat keputusan untuk menjual rumah di kawasan bandar mereka dengan harga serendah 1 Euro atau RM4.50 sahaja.

1200px-Taranto_BW_2016-10-17_11-51-23
Foto: Wikimedia commons

Walaupun sudah mempunyai populasi penduduk seramai 200,000 buat masa ini, namun bandar tersebut masih mencari penduduk baru selepas ramai warganya keluar ke kota-kota besar di Itali.

Pihak pengurusan bandar tersebut berkata penawaran rumah murah itu dijangkakan menarik lebih 25,000 penduduk baru untuk menyertai mereka.

Menurut laporan DailyMail, populasi bandar pelabuhan itu pernah pada suatu ketika mencecah angka 3,000 orang sahaja sebelum ini.

port taranto
foto: Wikipedia

Pegawai perbandaran Francesca Viggiano berkata pihak mereka juga sudah menerima pertanyaan mengenai tawaran itu dari individu-individu yang berada di New York, Milan dan Rom.

Sudah pasti sahaja, setiap orang yang membaca tentang tawaran ini akan berminat dengan harga rumah begitu murah. Terutamanya anda yang berada di Malaysia.

Ini kerana menurut laporan Berita Harian pada 2019, kajian yang dibangunkan Demographia International dan dicadangkan oleh Bank Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Universiti Harvard mendapati harga rumah di negara ini adalah sangat tidak mampu milik.

74759814 – residential building with clothing lines in kuala lumpur
74759814 – residential building with clothing lines in kuala lumpur

Menurut  Pengarah Jabatan Pemantauan dan Pengawasan Kewangan Bank Negara Malaysia (BNM), Qaiser Iskandar Anwarudin,rumah mampu milik yang ditawarkan dalam pasaran di Malaysia ialah RM298,000 (harga median sebenar).

Mesti ramai antara kita yang tertanya-tanya mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara harga rumah di Malaysia dan bandar di Itali ini.

Pertama, rumah murah yang ditawarkan di Itali ini hanyalah terhad kepada lima unit sahaja untuk peringkat permulaan. Ia bukanlah tawaran yang sentiasa ada dan mudah untuk didapatkan.

Walaupun rumah tersebut dijual dengan harga yang begitu murah namun mereka yang berjaya merebut tawaran itu juga perlu membelanjakan sejumlah wang yang agak besar bagi proses ubah suai rumah itu nanti.

house
Foto: wikimedia commons

Pembeli  dijangkakan perlu membelanjakan sekitar ratusan ribu Euro bagi proses baik pulih sahaja selain perlu tinggal secara tetap di kediaman itu bagi mengelakkan pemaju menjual rumah-rumah tersebut untuk keuntungan.

Untuk rekod, nilai tukaran semasa Euro ke MYR pada ketika artikel ini ditulis adalah 1 Euro bersamaan dengan RM4.51. Jadi jika kos baik pulih rumah itu nanti mencecah 100,000 Euro sahaja, anda sudah pun perlu membelanjakan hampir setengah juga ringgit.

Selain kos baik pulih yang tinggi, bandar ini juga adalah sebuah bandar lama dan mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

ILVA_-_Unità_produttiva_di_Taranto_-_Italy_-_25_Dec._2007-1
FOTO: Peopleforplanet.it

Sebelum ini, penduduk di kawasan tersebut dikatakan membuat keputusan untuk berhijrah ke bandar-bandar besar selepas bangunan-bangunan lama di bandar mereka diabaikan dan tidak diselenggara dengan baik.

Bandar tersebut juga dikatakan mempunyai kilang pemprosesan besi yang menyukarkan penduduk baru untuk membuat keputusan berpindah ke sana.

Malah pada 1975, media tempatan turut melaporkan kejadian runtuhan bangunan yang membunuh sebuah keluarga di sana.

Bagaimanapun, jika anda sedang berkira-kira untuk berhijrah ke bandar ini, anda tidak perlu risau kerana mereka telah berikrar untuk menjadikan bandar tersebut sebagai bandar mesra alam menjelang 2024.

Baca kisah rumah ini di Jerman yang tidak pernah menaikkan kadar sewanya dengan 35 sen sebulan sejak 500 tahun yang lalu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Hampir 500 Tahun, Sewa Rumah Di Fuggerei, Jerman Kekal 35 Sen Sebulan

Perkampungan ‘Fairytale’ Giethoorn Village Di Netherlands Yang Ramai Tidak Tahu

Harga Rumah Di Malaysia Sangat Tidak Mampu Milik Menurut Bank Negara Malaysia