Secara tiba-tiba, satu kawasan yang dahulunya kurang dikunjungi kini menjadi tumpuan para pelancong kerana lagu Despacito. Video muzik Despacito dirakam di La Perla, kejiranan yang terletak di tepi lautan yang cantik pemandangannya.

La Perla sebelum ini memang menjadi tumpuan artis Puerto Rico untuk membuat pengambaran video klip. Cuma apabila Despacito menjadi lagu hit di seluruh dunia, pelancong dari serata dunia berminat untuk merasai sendiri kehidupan di kejiranan yang berwarna warni ini. Tahukah anda model wanita dalam muzik video Despacito ini adalah bekas Miss Universe Puerto Rico, Zuleyka Rivera? Sekarang anda tahu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jadi apa yang menarik di La Perla? Menurut responden TripAdvisor yang pernah melawat kejiranan ini, La Perla dahulunya mempunyai reputasi buruk kerana di situ adalah tempat yang aktif dengan aktiviti jual beli dadah. Tetapi kini La Perla sudah bersih dan selamat untuk dikunjungi.

La Perla sebenarnya adalah kawasan setinggan di mana sebelum Despacito, rasanya hampir tiada sebab untuk pelancong ke sana. La Perla bukanlah satu lokasi pelancongan kerana ia tiada apa-apa yang bersejarah, muzium atau tempat untuk membeli belah. Tetapi tarikan utamanya semestinya bangunan-bangunannya yang meriah bewarna-warni serta lukisan mural pada dinding di sekitar kejiranan ini.

Penduduk tempatan di La Perla pun sudah boleh agak dengan pertambahan pelancong yang datang ke kejiranan mereka. Perkara pertama yang akan mereka tanya pastinya ‘Despacito?’. Dengan pertambahan pelancong ke kejiranan La Perla, ianya sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi penduduk di pekan ini.

This is how we do it down in Puerto Rico. Ada yang sudah pasang impian untuk ke Puerto Rico untuk melawat La Perla? Kalau pergi nanti jangan lupa kongsi gambar dengan kami.

lp1

lp2

lp3