Peperangan memang sesuatu yang menyedihkan. Apa tidaknya, peperangan pasti akan mengubah landskap sesuatu negara itu. Setahun selepas ianya ditawan oleh ISIS,bandar Palmyra di Syria ditawan kembali oleh askar Syria dengan bantuan Russia.

Terkenal sebagai bandar yang bersejarah, banyak lokasi tumpuan pelancong itu kini hanya tinggal sejarah. ISIS memang sengaja meruntuhkan dan merosakkan monumen bersejarah kerana mahu menunjukkan kuasa yang ada pada mereka.

Jurugambar dari AFP, Joseph Eid yang sempat mengambil gambar bandar Palmyra 2 tahun sebelum penjajahan ISIS, telah menunjukkan perbezaan gambar sebelum dan selepas kemusnahan. Paling teruk mengalami kemusnahan adalah Temple Of Bel, yang suatu ketika dahulu dimiliki oleh empayar Roman.

Antara monumen lain yang turut terkesan adalah Arc du Triomphe (Triumph’s Arch), muzium Palmyra dan Temple of Baal Shamin. Sedih saya melihat gambar-gambar ini. Ada orang memang tidak tahu langsung menjaga sesuatu yang bersejarah. Ada di antara anda yang pernah sampai ke Temple of Bel sebelum ini?

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-11

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-12

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-14

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-16

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-18

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-110

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-112

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-113

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-114

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-118

before-after-isis-destroyed-monuments-palmyra-115

Sumber