Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin ramai Mat Saleh dan Minah Saleh yang memilih untuk membuatkan konten berkaitan makanan serta tempat di Malaysia. Mendapat perhatian ramai serta disukai netizen antara yang meningkatkan konten seumpama ini.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini
Artikel Berkaitan:

Terbaharu, tular sebuah perkongsian Minah Saleh Australia menerusi TikTok @josieliftsthings di mana beliau mencuba sebuah minuman tin yang popular di Malaysia iaitu 100PLUS.

Berdasarkan video yang dikongsikan, mimik muka beliau nyata berubah sebaik sahaja mencuba air 100PLUS seolah menunjukkan rasa yang aneh pada air minuman yang dicuba.

HYPE
4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pendek ‘3 Sekawan’ Pada Hari Malaysia Ini
Baca lagi →
@josieliftsthings

Trying the FAMOUS 100 plus in Malaysia! Do YOU like it?? 😂😁 #100plusmalaysia #malaysiatiktok #malaysiantiktok #malaysiantiktok🇲🇾 #malaysianfoodie #malaysiadrinks

♬ Wii – Mii Channel – Super Guitar Bros

Berdasarkan video yang dikongsikan, mimik muka beliau nyata berubah sebaik sahaja mencuba air 100PLUS seolah menunjukkan rasa yang aneh pada air minuman yang dicuba.

Dalam pada itu, komen ringkas beliau mengenai air minuman itu telah menjadi perhatian netizen apabila beliau menyamakan rasa air 100Plus seolah rasa Vodka Lime namun tanpa Vodka.

Kenyataan yang dibuat sekaligus membuatkan video ini meraih lebih 4,000 komen yang mengulas mengenai reaksi serta komen beliau mengenai air 100Plus.

Sumber: TikTok @josieliftsthings
Sumber: TikTok @josieliftsthings

Malah, terdapat netizen yang memaklumkan komen beliau sedikit sebanyak memberi gambaran rasa air Vodka yang diharamkan buat umat Islam untuk meminumnya.