Apakah yang dimaksudkan dengan barangan preloved? Preloved ini adalah barangan yang pernah dimiliki oleh orang lain sebelum ini tetapi dijual kembali pada harga yang jauh lebih murah dari harga sebenar sesuatu barangan. Preloved trading ini sangat famous di negara Eropah terutamanya di United Kingdom dan negara-negara Asia seperti Korea dan Jepun.

Bandoru Store adalah butik preloved terbesar pertama di Malaysia. Pemuda di sebalik Bandoru, Wafi Shari, adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia bundle dan preloved dan beliau mahu orang ramai berkenalan dengan barangan preloved ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Barangan yang kita bawa semuanya adalah produk terus dari Jepun. Setiap barangan yang dijual di Bandoru Store ini telah diperiksa satu persatu oleh pekerja kami agar hanya yang berkualiti dan terbaik sahaja akan dijual kepada orang ramai,” kata Wafi.

1

2

3

Wafi sendiri mahu mengubah persepsi dan perspektif orang ramai terhadap barangan preloved di Malaysia. “Sebab itu slogan kami adalah better than new. Cubalah datang ke Bandoru dan lihat sendiri barangan preloved ini. Saya yakin anda pasti menjadi peminat barangan preloved ini nanti,” tambah Wafi.

Antara jenama yang anda boleh jumpa di Bandoru adalah Champion, Zara, Uniqlo, Vans, Converse, Adidas, Nike, Levi’s, Ralph Lauren, Louis Vuitton dan banyak lagi. Semuanya dijual pada harga yang sangat mampu milik!

Bandoru menawarkan pelbagai barangan dari baju, kasut, aksesori, topi, beg dan barangan kanak-kanak dari pelbagai jenama antarabangsa. Semuanya pada harga mampu milik. Tetapi apa yang saya suka di Bandoru adalah ruang Rare & Vintage dan Celebrity Picks.

Ruangan Celebrity Picks
Ruangan Celebrity Picks

Di ruang Rare & Vintage, barangan yang diletak di sini semuanya barangan yang tidak akan anda jumpa lagi di butik. Contohnya seluar Levi’s Big E production tahun 1970 atau beg tangan Chanel vintage. Dari segi harga pula, harga setiap produk di bahagian sini adalah lebih tinggi berbanding produk lain di Bandoru kerana ianya jarang ditemui dan sangat rare!

Untuk Celebrity Picks pula, ianya barangan personal atau barangan yang dipilih sendiri oleh artis terkemuka di Malaysia dan dipamerkan di ruang Celebrity Picks. Amy Search adalah selebriti negara pertama yang bekerjasama dengan Bandoru untuk ruang Celebrity Pics ini. Kalau Amy Search, anda pasti tahu baju-baju milik beliau dan barangan yang akan beliau pilih pastinya rare dan awesome. Peewitt!

Amy Search Dan Wafi
Amy Search Dan Wafi

Bandoru Store akan mula beroperasi 5 November 2016 ini dan lokasinya adalah berdekatan Plaza Tol Batu 3 Shah Alam (bersebelahan Al-Ikhsan). Kalau anda tak buat apa-apa hari ini, bolehlah singgah ke Bandoru Store kerana banyak aktiviti yang akan dijalankan sempena grand openingnya hari ini. Jom kita!

women

men

kids

Bandoru X Ziaf Damahom Di Malaysia Fashion Week
Bandoru X Ziaf Damahom Di Malaysia Fashion Week

https://www.youtube.com/watch?v=gDwHEEHCs94