Siapa sahaja yang tidak marah jika suami miliki hubungan sulit bersama wanita lain? Pasti banyak hati yang terluka dan juga boleh meruntuhkan ‘mahligai’ yang sudah terbina.

Terbaharu, sebuah video temubual Elly Mazlein dan Awal Ashaari dalam rancangan Borak Kelamin meraih perhatian ramai apabila sedikit sedutan daripada rancangan tersebut tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat reaksi Elly Mazlein yang kelihatan geram apabila mendengar jawapan tetamu undangan dimana mengaku pernah menjalin hubungan sulit dengan 5 suami orang.

Lantaran perkongsian babak tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa marah apabila mendengar ungkapan yang dikatakan wanita itu seperti tidak rasa bersalah miliki hubungan sulit bersama suami orang.

https://twitter.com/noahmacwilson/status/1392022131156807682?s=28

Bukan itu sahaja, reaksi spontan Elly Mazlein turut menjadi perhatian dan rata-rata netizen mengatakan bukan mudah mahu mengawal emosi serta riak wajah jika mendengar perkara seperti itu.

Walau bagaimanapun, Elly yang dapat bertahan sepanjang temubual tanpa ‘menyerang’ wanita tersebut turut dipuji netizen. Untuk pengetahuan anda, program Borak Kelamin dengan topik ini ditayangkan di Astro Ria pada Isnin yang lalu.

Sebelum ini, ada seorang lelaki kantoi tipu isteri naiki pesawat Sriwajaya Air ke Pontianak tetapi sebenarnya ke Bali dengan skandal. Klik pautan di bwah untuk ketahui lebih lanjut.

Tipu Isteri Ke Pontianak Naik Pesawat Sriwajaya Air, Lelaki Ini Rupanya Ke Bali Dengan ‘Skandal’

Suami Terlalu Sibuk Bekerja, Wanita ‘Sunyi’ Ini Mengaku Curang Dengan 300 Lelaki

Lelaki Di China Jual Anak Pada Harga RM100,000, Guna Wang Untuk Joli Dengan Isteri Baharu