Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penah dianggap aplikasi ‘sampah’ tetapi sebenarnya aplikasi TikTok ini banyak pelbagai konten yang bermanfaat dan dapat menghiburkan para penggunanya.

Terbaharu, sebuah video TikTok tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mencium mulut ke mulut seorang kanak-kanak iaitu anak angkat keluarganya telah mendapat kecaman netizen.

Untuk pengetahuan anda, lelaki tersebut mengatakan budaya mencium mulut ke mulut sudah sebati dan menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga mereka. Menerusi video tersebut, kanak-kanak itu kelihatan seperti ‘rela’ dengan apa yang berlaku dan ada juga yang mendakwa kanak-kanak itu merupakan kanak-kanak istimewa (autism).

Video tersebut mendapat perhatian penceramah bebas Akhi Fairuz dan beliau menegaskan bahawa perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana, bahagian mulut dikategorikan sebagai private part dimana tidak boleh sesuka hati disentuh oleh orang lain.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut telah menjadi mangsa ‘kerakusan’ abang angkatnya dan boleh menyebabkan anxiety, panic attack dan depresi. Lantaran itu, beliau menyeru agar netizen tampil buat laporan kepada pihak berkuasa agar perkara ini tidak berlaku lagi.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan lelaki tersebut yang mencium adiknya di mulut. Mana tidaknya, tindakan lelaki itu dianggap tidak wajar dan seharusnya tahu ‘private part’ yang tidak dibenarkan disentuh.

Difahamkan, pihak TikTok telah menyekat akaun lelaki tersebut dan apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur

Video ‘Prank’ Pelakon Sweet Home, Lee Si Young Di TikTok Raih Perhatian Peminat

Anda Mungkin Suka