Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap keluarga pastinya mempunyai cara tersendiri bagi menzahirkan rasa sayang. Memeluk atau mencium pipi sesama ahli keluarga antara kebiasaan dalam sentuhan fizikal yang kita dapat dilihat dalam sesebuah keluarga.

Dalam pada itu, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang lelaki yang juga pengasas produk kecantikan memuat naik video dengan bangganya mencium bibir adik angkat beliau sendiri. Lebih menakutkan, beliau yang menggayakan pakaian jubah serta berkopiah ini mengatakan tindakan yang dibuat sudah menjadi ‘tradisi’ dalam keluarga.

Gaya beliau yang bangga dengan ‘aktiviti’ yang dibuat telah menarik perhatian netizen dengan mengaitkan perbuatan tersebut sebagai perbuatan seksual. Lebih menyayat hati orang ramai, kanak-kanak tersebut merupakan kanak-kanak istimewa (autism).

Terbaharu, Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan, berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

Difahamkan pengasas produk berkenaan kini sudah deactivate akaun TikTok beliau iaitu @papa_idola_semalaya bagi mengelakkan daripada carian orang ramai.

Ketahui lebih lanjut mengenai tindakan yang dibuat lelaki ini yang turut mendapat perhatian penceramah bebas.

Bangga Cium Bibir Adik Angkat, Tindakan Lelaki Ini Ditegur Penceramah Bebas

Pemandu Wanita Dakwa Diganggu Ketika ‘Roadblock’, Bukit Aman Gantung Tugas Dua Pegawai Polis

Anda Mungkin Suka