Siri animasi Upin & Ipin merupakan animasi dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran Indonesia. Boleh dikatakan siri animasi Upin & Ipin sentiasa mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan rakyat Indonesia.

Terbaharu, Les’ Copaque telah tampil dengan video muzik ‘Goyang Upin & Ipin’ yang mengetengahkan genre dangdut dalam lagu tersebut. Justeru itu, video muzik tersebut kini mulai ‘trending’ di Indonesia.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Rata-rata netizen Indonesia telah berkongsi video menyanyi dan menari lagu ‘Goyang Upin & Ipin’ ini di media sosial. Malah, para netizen juga mengatakan bahawa lagu baru Upin & Ipin sangat kena dengan jiwa mereka.

Mana tidaknya, lagu irama dangdut sudah sinonim dengan rakyat Indonesia. Pastinya para netizen Indonesia berasa terharu dan suka dengan lagu baru dilancarkan oleh Les’ Copaque.

Kini, video muzik Upin & Ipin sudah mencecah lebih 2.5 juta tontonan dalam masa 24 jam. Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan memberansangkan. Jom tonton video muzik tersebut!

Tahukah anda bahawa terdapat animasi dari Indonesia yang dikhabarkan meniru Upin & Ipin? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Animasi Dari Indonesia Tiru Upin Dan Ipin?

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia

Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia

Anda Mungkin Suka