Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Seperti ramai sedia maklum, kereta di bawah jabatan kerajaan sememangnya dikhaskan untuk penggunaan melibatkan pekerjaan dalam jabatan berkenaan sahaja.Β Dalam erti kata lain, kenderaan tersebut tidak boleh digunakan oleh ahli keluarga yang lain bagi urusan peribadi.

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila tular sebuah video yang pada awalnya dikongsikan di TikTok melihatkan seorang wanita dengan bangganya memuat naik video di mana ibunya memandu kereta JKR Perak berikutan pak cik beliau merupakan seorang individu berpengaruh dengan pengarah.

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Perkongsian yang dibuat wanita tersebut nyata telah menimbul pelbagai tohmahan di kalangan netizen yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut. Tidak kurang yang mempertikaikan tujuan membuat rakaman menaiki kenderaan kerajaan tersebut.

Isu yang tular turut mendapat perhatian pihak JKR Perak yang tampil dengan sebuah kenyataan rasmi menerusi Facebook. Menerusi perkongsian, pihak JKR Perak memaklumkan tidak mengenali individu yang membuat rakaman tersebut.

Bukan itu sahaja, pihak jabatan tersebut turut mengesahkan kenderaan rasmi bagi JKR Perak bukanlah seperti kereta yang tular dalam video sebaliknya sebuah Honda Accord.

Video yang dikongsikan di TikTok tersebut walau bagaimanapun telah mendapat perhatian ramai sebelum dipadam. Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana menjadi suatu kesalahan untuk ahli keluarga yang tidak berkaitan untuk menggunukan kenderaan rasmi kerajaan bagi tujuan peribadi.

Tular pada minggu ini apabila seorang jurugambar tempatan berjaya temui Dolly yang turut dikenali sebagai ‘Jack Sparrow India’ setelah lebih 20 jam perjalanan.

Perjalanan Lebih 20 Jam, Jurugambar Teruja Jumpa Dolly Pembuat Teh Paling Famous Di India

Kesan Keluar Dari Rusia Buat McDonald’s Rugi RM5 Bilion Dalam Enam Bulan Pertama