Dalam usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok serta memutuskan rantaian COVID-19, orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan dua dos suntikan vaksin. Saranan ini dibuat dalam mengurangkan jumlah pesakit COVID-19 serta membolehkan pelbagai aktiviti dapat dibuka semula.

Menerusi kelonggaran yang ditawarkan pihak kerajaan baru-baru ini buat mereka yang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, nampaknya terdapat golongan antivaksin yang berani melakukan ‘eksperimen sosial’ dalam cubaan untuk dine-in di restoran.

Hasil eksperimen sosial yang dikongsikan di media sosial menerusi akaun Facebook Mujaheeda Soleha ini nampaknya telah mendapat perhatian netizen di mana para netizen berharap pasangan ini dikenakan tindakan kerana mampu memudaratkan individu lain.

E9cGAddVUAAjLjc121

Menerusi laporan terbaru yang dikeluarkan, pihak Polis Klang Selatan dimaklumkan telah menahan pasangan yang berusia 35 tahun dan 36 tahun ini.

Mereka dilaporkan sedia disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan/Sekseyen 505 (b) Kanun Keseksaan/Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar bin Ramli meminta orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan dalam menjalani kehidupan seharian sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Ketahui lebih lanjut mengenai isu melibatkan pasangan antivaksin ini dengan klik pautan di bawah.

Anti-Vaksin Dikecam Buat Eksperimen Sosial, Bangga Dapat Masuk Kedai Walaupun Tolak Vaksin

Ahli Bekam Dakwa Darah Berubah Mengikut Jenama Vaksin, Ini Penjelasan Para Doktor

Farid Kamil Diarah Bayar Denda RM5,500 Sebagai Ganti Hukuman Penjara 13 Bulan

Anda Mungkin Suka