Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan prihatin, kita haruslah bersama-sama mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak semalam untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila ada individu yang tidak bertanggungjawab pergi melancong ke luar negara. Individu tersebut yang merupakan pasangan suami isteri dengan bangganya telah berkongsi beberapa keping gambar dan video saat mereka ke Korea di Facebook.

Tomaz Gaming Chair Cover
HYPE
Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja
Baca lagi →

Perkara tersebut mendapat perhatian netizen dan pasangan tersebut telah bertindak untuk memadamkan akaun Facebook mereka kerana mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata netizen terkejut dengan perkongsian pasangan tersebut dan kecewa kerana di saat negara sedang berusaha untuk membendung wabak ini, mereka ke luar negara pergi bercuti dan berisiko terjangkiti wabak tersebut.

Malah, ada juga netizen yang menasihati mereka untuk tidak ke Korea pada waktu ini dengan mesej di inbox tetapi tidak dihiraukan nasihat tersebut. Selain itu, para netizen juga beranggapan bahawa pasangan tersebut tidak peka dan bersikap mementingkan diri.

Malah, ramai juga yang terkejut dan pelik bagaimana penerbangan ke Korea ada sedangkan penerbangan sudah dibatalkan berikutan travel restriction dan juga Perintah Kawalan Pergerakan sudah bermula.

Difahamkan pasangan tersebut telah menaiki penerbangan pada jam 1 pagi semalam dan ingin ke Korea dengan alasan mengidam untuk menjejakkan kaki ke sana.

Screenshot 2020-03-19 at 10.00.23 AM

Screenshot 2020-03-19 at 10.01.01 AM

Pastinya ramai antara anda yang sudah membatalkan perjalanan ke luar negara demi menjaga kesihatan dan mengelakkan daripada berlakunya jangkitan COVID-19. Apa pula pandangan anda tentang sikap mementingkan diri segelintir pihak seperti ini?

Sementara itu, apa kata baca artikel berkaitan COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan pada pautan di bawah ini.

PM Rayu Rakyat Malaysia ‘Stay At Home’ Untuk Putuskan Rantaian COVID-19

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

‘Test Kit’ COVID-19 Dengan Pengesanan Sepantas 30 Minit Sedia Didapatkan Dengan Harga RM99

Anda Mungkin Suka