Sudah menjadi tanggungjawab buat setiap ibu bapa dalam memberikan yang terbaik anak-anaknya. Hal ini termasuk bab keselamatan dalam memastikan anak-anak terhindar daripada perkara yang tidak diingini.

Meskipun isu ini merupakan asas dalam penjagaan anak-anak, masih terdapat segelintir individu yang mengabaikan tanggungjawab serta memilih untuk merisikokan keselamatan anak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian sebuah akaun di Twitter, dapat dilihat seorang individu yang dipercayai bapa yang memilih untuk bermain lumba drag sambil rakam bersama dua orang anak kecil.

Berdasarkan video yang dikongsikan, dapat dilihat dua anak kecil ini mempunyai reaksi seolah ketakutan. Bukan itu sahaja, lumba drag yang dibuat secara haram di jalan raya ini turut menyaksikan individu ini gagal menjaga keselamatan anak-anaknya apabila hanya seorang sahaja dipasang tali pinggang manakala seorang lagi dibiarkan bebas tanpa ‘car seat’ yang sesuai.

Situasi yang berlaku sekaligus mengundang rasa kecewa dan marah di kalangan netizen yang terkejut masih terdapat individu yang dengan penuh selamba mengabaikan keselamatan anak-anak demi sebuah konten. Berikut merupakan respon netizen terhadap isu yang berlaku.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja akan membahayakan keselamatan anak-anak, malah memberi kesukaran kepada individu lain khususnya keluarga terdekat sekiranya berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.