Bagi anda yang sering menaiki penerbangan Malaysia Airlines, pastinya ‘salted peanuts’ yang diberikan secara percuma bersama air jus oren memiliki peminatnya tersendiri kerana keenakan rasa kacangnya.

Terbaharu, Azfar Heri dalam satu perkongsiannya di Twitter menunjukkan beberapa keping gambar dirinya bersama dengan satu bungkus plastik berisi pek kacang Malaysia Airlines.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi perkongsian tersebut, Azfar mengatakan dirinya yang baru bangun tidur terkejut apabila mendapati pramugari dalam penerbangan terbabit memberikannya satu beg plastik berisi beberapa pek kacang.

Baca: Pengalaman buruk YouTuber ini dengan Malaysia Airlines

Perkongsian Azfar Heri tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa terkejut serta mempersoalkan bagaimana Azfar boleh mendapat satu plastik berisi pek kacang.

https://twitter.com/nabiljimi/status/1564605459109388292

https://twitter.com/cianpajan/status/1564572224065277952

Malah, ada juga netizen yang berkongsi bahawa pernah juga menerima pek kacang tambahan ketika penerbangan mereka bersama Malaysia Airlines tetapi tidaklah sebanyak yang diterima oleh Azfar.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan bahawa perkhidmatan Malaysia Airlines memang terbaik dan pramugara serta pramugari syarikat penerbangan tersebut sangat mesra.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Gigih Berkumpul Seawal Jam 4 Pagi Di Dataran Merdeka, Rakyat Malaysia Teruja Sambut Hari Kebangsaan

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-65, Ini 5 Promosi Menarik Untuk Anda Dapatkan Esok