Insiden ‘menyelit’ disebabkan mahu mengelak bayar tol bukan satu perkara yang asing di negara kita ini dan pastinya hal ini salah disisi undang-undang serta boleh membahayakan pengguna jalanraya lain.

Terbaharu, pengguna TikTok @anakjantan96 telah memuat naik sebuah memaparkan dirinya mengekori rapat kereta yang berada di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@anakjantan96

totap La Hidup Yoo Sobatt 🤪 #foryoupage #tolsungaibesi

♬ bunyi asal – tapau_habis – tapau_habis

Menerusi video tersebut lelaki itu seolah-olah bangga perbuatannya mengelak membayar caj tol. Dapat dilihat, bukan sekali tetapi dua kali lelaki tersebut melakukan perkara tersebut.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Malah, para netizen juga berpendapat hal ini seharusnya tidak terjadi kerana ianya salah.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan kepada lelaki tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 40 ribu tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan insiden cubaan mengelak bayar tol pada pautan di bawah ini.

Diekori Myvi Elak Bayar Tol, Lelaki Ini Kongsi Detik-Detik Sebelum Kejadian Di LPT

Orang Ramai Puas Hati Lihat Honda City ‘Kantoi’ Tak Lepas Menyelit Mahu Elak Bayar Tol