Kalau anda ada sekitar Bangi dan tidak buat apa-apa hari ini dan esok, bolehlah ramai-ramai ke Bangi Vintage Fest yang sedang berlangsung di perkarangan tapak parkir PKNS. Lokasinya betul-betul di sebelah McDonalds Bandar Baru Bangi ini. Dengar cerita banyak barang vintage dan preloved rare dijual di sini.

Saya baru singgah sebentar tadi dan ada tapak yang ditutup buat sementara. Mungkin kerana faktor hujan sedikit pagi ini. Tunggu hujan reda dan saya pasti akan meriah Bangi Vintage Fest ini nanti! Banyak kedai-kedai bundle hebat yang bawa barang-barang rare mereka hari ini. Booth paling besar pada kali ini milik Bundle Gunian Dhoutan. Kalau anda rasa jauh nak ke Banting untuk ke kedai ini, mereka ada di Bangi Vintage fest hari ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Harga setiap barangan pula bergantung kepada kondisi dan kadar ke-rare-ran barangan tersebut. Saya sempat beli beg Adidas vintage ini pada harga hanya RM35. Memang terbaik. Anda nak cari beg, baju Hawaii, kasut, jeans dan apa jenis persalinan sekali pun pasti akan ketemu di sini.

BVF1

Bukan itu sahaja, ada juga perhimpunan kereta klasik mini dan motor retro serta pertandingan baju serta barang antik paling rare. Jadi kalau anda datang nanti jangan lupa untuk dress to impress. Mana tahu menang pertandingan ini.

Buat julung kalinya juga akan ada gathering untuk pengumpul Levis Vintage untuk tatapan para pengunjung. Pengisian yang sangat menarik untuk anda mengenali dengan lebih lanjut tentang jenama jeans legend ini. Nanti baru anda tahu kenapa ada orang cuma mahu pakai Levis yang vintage dan tak mahu pakai Levis buatan China.

BVF levis

Jadi semua jangan lepaskan peluang untuk datang melawat Bangi Vintage Fest. Dibuka 24 jam sehingga esok. Kalau nak sedap, datang menyelam pada waktu malam sedikit. Baru selesa. Mana yang tengok perlawanan bola sepak antara Kedah dan JDT malam ini di Stadium Shah Alam, memang sempat sangatlah untuk singgah ke Bangi Vintage Fest selepas perlawanan.

Jangan lupa share dan tag rakan anda untuk teman anda ke Bangi Vintage Fest. Kami payung sedikit gambar antara barangan yang ada di sini untuk tatapan anda. Dijamin rambang mata.

bvf11

bvf10

bvf8

bvf2

bvf7

bvf6

bvf5

bvf3

bvf 12