Bangkai seekor harimau kumbang atau black panther merupakan antara yang dirampas pihak polis di Kelantan pada semalam.

Rampasan itu menurut laporan Harian Metro berjaya dilakukan ketika polis melalukan serbuan di daerah Tanah Merah yang turut menemui satu lagi bangkai harimau belang dan 10 gading gajah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bangkai kedua-dua harimau berkenaan menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat ditemui di dalam peti sejuk beku tanpa organ dan kemaluan dan dipercayai telah disimpan sejak April lagi.

Kesemua bangkai dan gading berkenaan menurutnya dipercayai untuk dijual kepada pasaran gelap namun masih belum terjual sepenuhnya.

Tambah Shafien, harga bagi seekor harimau belang adalah RM300,000 dan RM100,000 untuk harimau kumbang di pasaran gelap.

Manakala harga untuk sebatang gading gajah pula dianggarkan boleh mencecah nilai sehingga RM10,000.

“Mengikut Jabatan Jabatan Perhilitan Kelantan, dipercayai pemburu haram ini menggunakan jerat dawai besi untuk menangkap haiwan ini sehingga tercedera sebelum ditembak mati.

“Kami menganggarkan usia kedua-dua haiwan ini lebih daripada 10 tahun dan ia adalah spesis yang dilindungi,” katanya.

Susulan daripada serbuan berkenaan, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang disyaki mendalangi sindiket pemburuan haram itu sejak lebih setahun lalu.

Beliau dipercayai terlibat dalam mendalangi sindiket berkenaan membabitkan pemburu, penyimpan dan pembeli yang berbeza.

Menurut pihak polis, mereka juga mempercayai bangkai-bangkai haiwan terlindung itu dijual untuk pasaran gelap tempatan dan juga antarabangsa.

Kesemua hasil rampasan itu buat masa ini menurut laporan Harian Metro telah diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Kelantan.

Manakala pihak polis juga akan menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 68(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan Seksyen 68(2)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta 716).

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Mahu Kurangkan Kemalangan, Polis Cadang Remaja Guna Motosikal 70cc Dan Ke Bawah

Sumbang ‘Handphone’ Kepada Mangsa Curi, Sikap Prihatin Polis PJ Ini Curi Perhatian Netizen

Sumber