Bunyinya agak mengejutkan namun itulah yang berlaku di Kuala Lipis, Pahang apabila sebuah bangkai kapal lama ditemui terdampar di kawasan berkenaan beberapa hari lalu.

Bangkai kapal itu menurut laporan Kosmo ditemukan penduduk Kampung Pagar Lama, Penjom yang terletak berhampiran Sungai Lipis.

kapal lipis
Bangkai kapal yang ditemui penduduk kampung. FOTO: FACEBOOK.

Ianya dipercayai terdampar selepas kejadian banjir yang melanda kawasan tersebut mula surut sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Bangkai kapal berkenaan difahamkan ditemui penduduk kampung di tebing sungai kampung lama yang sudah ditinggalkan dan sering dilanda banjir sebelum ini.

Menurut Penghulu Penjom, kapal berkenaan mempunyai tembaga yang tertulis ukiran nama Vivian & Son yang juga dipaku dengan paku tembaga pada badan kapal tersebut.

Penemuan itu jelas beliau telah menimbulkan pelbagai persoalan dan mengejutkan penduduk setempat sebelum ianya mula dikongsikan di media sosial dan tular.

138350492_756917908541027_3352040530331131663_n
Ukiran tembaga yang tertulis nama Vivian & Sons,

Menurut semakan, nama Vivian & Sons itu dipercayai merujuk kepada sebuah syarikat berkait penghasilan tembaga di United Kingdom suatu ketika dahulu.

Laporan Sinar Harian pula memetik seorang penduduk kampung yang percaya ianya mungkin tenggelam akibat ditembak sebelum ini.

Perkara itu jelasnya dapat dilihat melalui kesan tembakan yang terdapat pada badan kapal dan tidak menolak ia mungkin membawa barangan berharga sebelum ini.

Bagaimanapun, laporan berkenan yang terbit di Kosmo tidak menyatakan dengan lanjut maklumat mengenai kapal tersebut selain daripada ia ditemui dan mempunyai nama yang diukir dengan tembaga itu.

Baca juga perkembangan semasa dalam negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Menyamar Jadi Ejen Sambal Nyet Dan Tipu Pelanggan, Khairulaming Luah Rasa Kecewa

Isu ‘Trademark’ Harimau Menangis Tular Hingga Ke Thailand, Netizen Malaysia Minta Maaf

Yamaha Y15ZR 2021 Akan Tiba Di Malaysia Tidak Lama Lagi?