Bagi yang biasa terbang ke Bangkok untuk urusan kerja, pasti sudah biasa beratur untuk pemeriksaan pasport di kaunter imigresen di Don Mueang. Cuma jika anda ingin ke sana dalam hujung minggu sepanjang bulan ini, anda mungkin terpaksa beratur sehingga 4 jam untuk melepasi kaunter imigresen.

Dengan pertambahan jumlah pelancong dari Eropah dan China khususnya, Don Mueang ketika ini memang padat dengan ketibaan pelancong. Dengan kawasan imigresen yang kurang pengudaraan dan jumlah pelancong yang dikhabarkan mencecah 2000 orang, ada yang pengsan ketika beratur untuk proses pengesahan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Imigresen Thailand cuma menjawab ianya situasi biasa kerana terdapat beberapa penerbangan yang tiba pada masa yang sama dan menjadikan kaunter mereka sesak. Tetapi ada pelancong yang mengambil gambar cuma 3 kaunter imigresen dibuka pada ketika itu untuk mengawal jumlah pelancong seramai lebih 2000 yang datang.

Bagi yang pernah tiba ke Don Mueang, menunggu giliran lebih 30 minit itu sudah menjadi kebiasaan walaupun tiba ke Bangkok di waktu bukan puncak. Proses masuk yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 saat tidak lagi valid kerana peningkatan pemeriksaan keselamatan untuk setiap pelancong.

Bangkok sememangnya menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia ditambah lagi kebanyakkan negara di Eropah ketika ini sedang cuti panjang. Bertabahlah jika anda akan melawat Bangkok dalam masa terdekat. Tip untuk cepat beratur adalah isi siap-siap borang visa on arrival anda semasa atas penerbangan. Jimat masa untuk menulis dan anda boleh terus beratur.

Ada yang akan terbang ke Bangkok dalam masa terdekat? Penantian memang satu penyeksaan tetapi bila sudah mula berjalan di kota Bangkok, memang hilang penat beratur.

Sumber