Sebelum ini, kapal mewah Equanimity milik Jho Low telah dijual kepada Genting Malaysia dan pastinya ramai mengenali nama Jho Low dimana namanya terlibat dengan skandal 1MDB.

Difahamkan, sebuah banglo mewah milik Jho Low di Hollywood Hills, Los Angeles bakal dijual dengan harga AS$18.5 juta (RM81.3 juta) atau lebih separuh harga yang beliau bayar untuk rumah tersebut.

Untuk pengetahuan anda, banglo tersebut dibeli oleh Jho Low pada tahun 2012 dengan harga ~RM171 juta dan pemilik asal banglo tersebut adalah Ricardo Montalban, pelakon veteran Mexico.

im-167343
Sumber: Mansion global
im-167345
Sumber: Mansion global
im-167356
Sumber: Mansion global

Malah, Ricardo pernah menjadikan Jho Low sebagai individu popular di Amerika Syarikat selepas gambar beliau bersama Paris Hilton di pesta champagne tular.

Banglo itu disita Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat di bawah undang-undang anti pengubahan wang haram, lalu dijual selepas setahun disenaraikan di bawah persetujuan yang dicapai antara pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat dan Jho Low.

Banglo mewah ini telah menelan kos sekitar RM2.8 juta untuk pembayaran cukai, insurans dan penyelenggaraan dalam masa setahun sahaja.

Sementara itu, Kylie Jenner dikhabarkan telah menyewa kapal mewah Equanimity sebelum ini. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Kylie Jenner Sewa Kapal Kontroversi ‘Equanimity’ Untuk Sambut Hari Lahir Ke-22

Bekas CEO Sahkan RM70,000 Daripada Dana 1MDB Dibelanjakan Untuk Kopi Starbucks

Filem Skandal Kewangan Terbesar Dunia, 1MDB Bakal Ditayangkan Di Bangkok