Hampir setiap hari, pasti ada sahaja iklan rumah atau hartanah yang diiklankan di media sosial. Hartanah jenis rumah teres, rumah kedai atau apartment antara yang sering diiklankan kerana sering menjadi pilihan para pembeli di Malaysia.

Dalam pada itu, sebuah iklan hartanah yang baru sahaja diiklankan baru-baru ini berjaya mendapat netizen serta sudah meraih lebih 1,800 shares di Facebook berikutan keluasan serta harganya yang mencecah RM19 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut perkongsian Facebook Hasrat Hadzrat, rumah banglo mewah bertempat di Sungai Penchala, Damansara ini terdiri daripada 3 blok yang 26 bilik tidur serta 24 bilik air.

Dari segi keluasan, hartanah ini mempunyai keluasan sebesar 2 ekar atau 30,000 kaki persegi. Penawaran kolam renang yang luas serta rekaan dalaman yang eksklusif dan mewah antara yang membuatkan banglo mewah ini tampil menyerlah.

Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat
Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat
Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat
Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat

Iklan yang mendapat perhatian ramai ini turut menjemput pelbagai komen di kalangan netizen yang membayangkan keluasan rumah tersebut. Berikut merupakan antara respon di kalangan netizen.

Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat
Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat
Sumber: Facebook Hasrat Hadzrat

Meskipun hadir dengan harga yang tinggi, difahamkan hartanah ini sudah sedia menawarkan diskaun buat para pembeli yang berminat di mana harga asalanya adalah RM21 juta. Pembeli yang berminat diminta untuk menyediakan deposit serendah 10% iaitu RM1.9 juta manakala urusan pembiayaan bakal diuruskan oleh ejen hartanah yang bertanggungjawab.