Bertepatan dengan janji Fahmi Fadzil selaku ahli parlimen Lembah Pantai, beliau kini dalam usaha untuk mengotakan janjinya untuk 100 hari pertama sebagai ahli parlimen bagi menukar kembali nama Bangsar South kepada nama yang asal iaitu Kampung Kerinchi.

Untuk pengetahuan anda, Kampung Kerinchi merupakan nama lama bagi Bangsar South sebelum diubah enam tahun yang lalu.

Fahmi-Fadzhil

Difahamkan usaha untuk mengubah nama ini dibuat setelah berpendapat nama Kampung Kerinchi sangat dekat dan ikonik buat penduduk asal Kerinchi. Selain itu, perubahan nama kepada Bangsar South sekaligus melenyapkan nama tempat tersebut yang sebelum ini dinamakan di dalam Bahasa Malaysia.

Dalam pada itu, usaha untuk mengubah nama kepada Kampung Kerinchi mungkin mengambil sedikit masa memandangkan perkara ini memerlukan persetujuan melibatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sumber: ledtronics

Buat anda selaku penduduk Lembah Pantai, adakah anda yang lebih sukakan nama Bangsar South yang tampak lebih urban atau nama Kampung Kerinchi yang tampil lebih klasik?

Sumber