Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Adakah anda seorang yang susah atau liat untuk bangun sahur? Atau mungkin anda tidak mempunyai sesiapa untuk mengejut anda di waktu awal pagi. Jangan risau, kini dengan ServisHero segalanya menjadi lebih mudah.

Screen Shot 2016-06-03 at 6.05.13 PM

ServisHero yang sebelum ini sebuah syarikat yang menawarkan bisnes jenis servis seperti perkhidmatan pembersihan, membaiki paip, elektrik dan sebagainya kini menawarkan sebuah lagi servis terbaru. Servis Hero menawarkan perkhidmatan mengejut anda ketika waktu sahur. Apa yang lebih menarik, servis ini ditawarkan secara percuma.

HYPE
Capai 5.4 Juta Tontonan, Alha Alfa Cosmetics Berjaya Mendimensikan AJL 37 Dengan Kemeriahan
Baca lagi →

Apa yang perlu anda lakukan jika berminat dengan servis kejut sahur daripada ServisHero adalah layari laman web ServisHero di sini dan masukkan nama, no telefon serta no telefon untuk aktifkan servis ini. Sangat mudah! ServisHero bakal kejutkan anda seawal 5 pagi.

Untuk makluman, perhhidmatan ini bakal disediakan secara percuma bermula 6 Jun 2016 sehingga 5 Julai 2016.