Bangunan kedutaan ini membawa konsep moden, selamat dan tenaga efisien untuk abad ke-21 telah dirancang sejak 2008. Setelah siap pembinaannya, ia menjadi bangunan kedutaan termahal di dunia.

Terletak bersebelahan Sungai Thames, London bangunan di Nine Elms ini kelihatan seperti kristal kiub gula di permukaannya adalah milik kerajaan Amerika Syarikat (AS).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seluas 518,000 kaki persegi dan setinggi 12 tingkat bangunan bernilai USD1 billion ini akan mula beroperasi pada 16 Januari 2018.

Sumber kewangan bagi pembinaan bangunan kedutaan AS yang baru ini ditanggung dari hasil penjualan bangunan lama AS di London. Maka ia tidak menggunakan duit cukai rakyat AS.

Dengan kos semahal itu, semestinya ia juga mempunyai tahap keselamatan yang sangat tinggi sehingga digelar oleh media British sebagai “benteng yang paling canggih”.

bangunan kedutaan AS

Ia dikelilingi separa kolam, dilengkapi dengan panel solar, air hujan dikumpul dan dikitar semula, mempunyai dinding 3 lapis, serta kalis letupan dan ada penghalang untuk alat elektronik.

Selain itu, setiap tingkat mempunyai taman yang menggambarkan landskap AS. Contohnya Canyonlands Gardon yang mewakili Grand Canyon dan gurun selatan barat AS.

“Kubu” ini juga membawa simbol negara AS (mengikut pandangan mereka) iaitu gabungan keselamatan dan kemampanan: telus, demokratik, terbuka, tidak agresif dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Bangunan kedutaan ini akan menjadi tempat kerja para diplomat dan rumah bagi kontigen Marin AS.

Baca: 27 Tip Bercuti Di London Buat Anda Yang Nak Cuba Travel Sendiri