Kisah ini berlaku pada tahun lepas. Ketika itu, saya masih bekerja di sebuah syarikat Oil & Gas. Sebagai sebuah syarikat Oil & Gas yang saban hari berdepan dengan risiko yang melibatkan nyawa, syarikat ini amat menitik beratkan aspek keselamatan ketika bekerja, tidak kira sama ada di pelantar mahu pun pejabat.

investcyberjaya.com
investcyberjaya.com

Maka, ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk mengetahui bangunan-bangunan milik syarikat ini dilengkapi dengan alat-alat keselamatan seperti penggera asap secukupnya, malah kakitangan juga dilatih dan dibudayakan dengan budaya keselamatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Polisi keselamatan juga jelas ditampal di dalam bangunan. Polisi itu menyata merokok dilarang di tempat-tempat awam dalam dan di kawasan kompaun bangunan dan hanya dibenarkan di kawasan yang diwartakan. Tiada siapa pun berani untuk merokok di tempat-tempat terpencil seperti di dalam tandas atau di kawasan tangga selagi ia tidak diwartakan. Sekiranya didapati melanggar undang-undang keselamatan, kakitangan akan dikenakan penalti berat, dan kontraktor mungkin akan ditamatkan khidmatnya.

Tonton: Merokok VS Vaping, Yang Mana Lebih Selamat?

stephen-hart.net
stephen-hart.net

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, ketika masing-masing sedang sibuk bekerja, tiba-tiba penggera keselamatan berbunyi. Banyak keluhan didengari  –  ada yang mengejar dateline, dan ada pula yang sedang bermesyuarat. Mahu tidak mahu, keselamatan menjadi keutamaan. Kesemua penghuni bangunan ini bergerak ke arah tangga yang telah ditetapkan mengikut kawasan, menuju ke arah tempat berkumpul. Seluruh bangunan terpaksa dikosongkan.

Ketika berkumpul, dalam hati terfikir, apa sebab penggera berbunyi. Kalau ia hanyalah ujian untuk menguji penggera, sudah tentu pengumuman akan dibuat terlebih dahulu. Kalau ia adalah fire drill, sudah tentu pemindahan dan perkumpulan tidak berlaku sebegini lama. Dan, amat sukar penggera di dalam bangunan ini memberi false alarm. Adakah ia satu kebakaran sebenar? Saya mendiamkan diri bersama-sama dengan penghuni satu bangunan, masing-masing beratur mengikut zon, beramai-ramai menunggu sehingga arahan selanjutnya diberi.

Akhirnya, apabila keadaan sudah disahkan selamat oleh fire marshal dan punca sudah dikenal pasti, kami dibenarkan masuk dan kembali bekerja.

Bluexpress.net
Bluexpress.net

Tidak sehingga esok harinya, kami mengetahui punca penggera asap itu berbunyi. Semua penghuni menerima e-mail mengatakan puncanya adalah disebabkan hanya kerana seorang lelaki menghisap vape di salah satu kawasan yang tidak diwartakan. Silaplah, kalau dia fikir dia akan terlepas. Satu bangunan ini juga dipenuhi CCTV.

Tetapi, tidak diceritakan pula apa nasib yang menimpa lelaki itu.

Saya tepuk dahi kerana ada yang fikir etika menghisap vape atau e-cigarrette ini banyak berbeza dengan etika menghisap rokok. Tidak kiralah vape atau rokok atau shisha, masih perlu hormati etika dan orang di sekeliling. Masih perlu vape di kawasan yang diwartakan.

Yang jelas, penggera asap tidak mengenali sama ada asap atau wap air.

Dan yang lagi jelas, bukan perokok pun tidak menyukai asap atau wap air masuk ke dalam rongga badannya tanpa izin.

Churnmag.com
Churnmag.com

Sejak hari itu, polisi di pejabat telah bertukar. Kali ini, bukan sahaja ia menyatakan tidak boleh merokok, tetapi, tidak boleh menghisap apa-apa jenis e-cigarrette termasuk vape di kawasan yang tidak diwartakan.

Vape and smoke with etiquette.

Sekian.

BACA Lagi: Hikayat Lucu Seorang Kakak Buktikan Vape Bukan Sekadar Wap Air

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram