Tular di media sosial apabila seorang wanita mengecam tindakan Jovian Mandagie – menantu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri – yang menaiki helikopter. “Sebab kau menantu Pm boleh diselamatkan naik heli, siap tayang kat ig,” kata wanita tersebut di akaun peribadi miliknya.

Ciapan yang dimuat naik semalam telah mendapat lebih 11,000 tanda suka dan lebih 16,000 reaksi dari rakyat Malaysia di Twitter. Kebanyakan daripada mereka mengecam tindakan Jovian.

Terbaharu, Jovian tampil menjawab dakwaan wanita tersebut di laman Instagram miliknya. Dalam hantaran terbaharu, Jovian menafikan dakwaan wanita terbabit dan mendakwa bahawa dia bukannya mahu menunjuk.

“Isu helikopter, tak perlu diperpanjang. Bukan nak menunjuk, kalau nak menunjuk saya dah posing dan buat video OOTD sakan. Those who know me, you know I am nothing like that,” katanya di akaun Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/CXqeNUPvE9G/

Selain itu, Jovian turut menafikan dakwaan bahawa dia menggunakan aset kerajaan sambil menyatakan, “Lillahitaala tak mungkin saya akan guna benda yang bukan hak saya.”

Difahamkan bahawa helikopter yang digunakan oleh Jovian tersebut adalah jenis komersial dan tidak sesuai digunakan untuk mengangkut mangsa banjir.

Bagaimanapun, wanita terbabit berkata dia hanya mahu menegur cara Jovian itu tidak kena pada masa. Katanya, semasa mangsa banjir tersekat di rumah, Jovian tidak sepatutnya menayang video yang dia sedang menaiki helikopter.

Tatkala kapal sudah mahu karam, Kementerian Belia dan Sukan masih ‘sempat’ mengadakan satu majlis pelancaran skuad sukarlewan pasca banjir. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

KBS ‘Sempat’ Buat Majlis Pelancaran Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

Bukan Lagi Banjir Kilat, Ini Ulasan Pakar Meteorologi Mengenai Bencana Yang Menimpa Lembah Klang