Angin kencang dan hujan lebat menyebabkan Pulau Pinang dilanda banjir sejak pukul 2 petang semalam.

Berikut adalah 10 fakta mengenai peristiwa ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Pokok-pokok lama di George Town tumbang.

Beberapa jalan utama ditutup sementara pembersihan dijalankan, manakala beberapa lagi kawasan masih ditenggalami air.

2. Rekahan di Tanjung Bungah.

Rekahan jalan berlaku di belakang Kondominium Surin, Taman Ratu, Tanjung Bungah.

Dinding penahan air juga pecah, menyebabkan air terkumpul di dalam tanah.

3. Dua orang meninggal dunia.

Seorang lelaki India Muslim berusia 75 tahun didapati meninggal dunia di rumahnya di Jalan Perak.

Manakala seorang wanita berbangsa Cina, ditemui meninggal dunia di sebuah rumah orang tua di Jalan P. Ramlee.

4. Hampir 2000 orang dipindahkan.

Seramai 1,968 mangsa dipindahkan ke beberapa kawasan seperti Seberang Perai, dan beberapa bahagian yang tidak mengalami banjir di pulau itu.

5. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang membantu di kawasan terlibat.

Menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng, JPAM sedang menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkandas di Seberang Perai. Warga JPAM dari Sungai Petani, Kedah akan turut sama membantu.

6. Keadaan semakin pulih tetapi beberapa kawasan masih ditenggelami air.

Angin masih kuat dan hujan sudah berhenti untuk sementara waktu. Walau bagaimanapun, hujan lebat dijangka berterusan.

Orang ramai diminta berhati-hati semasa berada di luar rumah dan merancang perjalanan.

Layari laman FB Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk maklumat lanjut.