Amaran kepada pelancong Malaysia yang bercadang berkunjung ke negara gajah putih, Thailand. Menurut berita dan laporan cuaca yang dikeluarkan baru-baru ini, wilayah selatan Thailand sedang berhadapan cuaca buruk akibat hujan yang dibawa angin monsun dari arah timur laut. Keadaan ini menyebabkan wilayah selatan Thailand dilanda banjir besar.

Sejak awal bulan ini, sebanyak 12 wilayah di selatan Thailand dikesan terjejas teruk. Menurut maklumat yang dinyatakan oleh pihak Jabatan Pencegahan dan Kawalan Bencana, sebanyak 22 kes kematian sudah dikenal pasti manakala 750,000 kehidupan penduduk juga turut terjejas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Antara wilayah yang paling teruk dilanda banjir ialah Nakorn Si Thammarat, mengakibatkan empat orang maut dan menjejaskan kehidupan 300,000 penduduk. Surat Thani, empat orang maut dan 120,000 penduduk terjejas, serta Songkhla dan Phattalung.

Akibat daripada becana banjir yang melanda, sebanyak 1,565 jalan raya musnah. Turut terkesan adalah 129 jambatan, 65 saluran paip air dan 59 empangan. Sehubungan itu, laluan keretapi api ke wilayah selatan Thailand juga dilaporkan turut terjejas akibat bencana alam ini.

Sumber