Tahun lalu, kesemua bank di Malaysia telah mengenepikan sementara caj RM1 yang dikenakan kepada pengguna yang membuat pengeluaran tunai antarabank di mesin ATM. Tindakan ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat Malaysia yang terkesan dengan impak pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, melalui laporan terbaharu yang dikeluarkan oleh RinggitPlus, caj RM1 mungkin akan kembali pada awal tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui satu notis yang dikeluarkan oleh Citibank, ia menyatakan bahawa caj RM1 untuk pengeluaran tunai antarabank akan kembali semula berkuat kuasa 1 Februari 2022. Bukan Citibank sahaja, malah bank Kuwait Financial House (KFH) turut mengeluarkan notis yang sama.

Setakat hari ini, tiada apa-apa kenyataan dari Citibank dan KFH. Dan melalui laporan tersebut, hanya kedua-dua bank ini sahaja yang mengeluarkan notis tersebut, manakala bank lain masih belum mengumumkannya.

Laporan ini sudah mula bermain di dada media sosial dengan netizen mula membincangkan keperluan untuk membayar caj tambahan sedangkan pihak bank tidak menerima kesan ekonomi akibat wabak COVID-19.

Malah laporan tahun lalu turut menyebut bahawa dengan ketiadaan caj tambahan, pihak bank masih mampu mengaut untung sehingga CEO bank dilaporkan mencatat kenaikan gaji dan bonus berjuta.

Sebenarnya, sejak caj tambahan ini diperkenalkan netizen sudah mula menyuarakan ketidakpuasan hati mereka. Kata netizen, caj tambahan ini bukan sahaja membebankan, malah dianggap mahal.

Pandemik COVID-19 buat CEO bank untung besar, catat kenaikan gaji dan bonus berjuta. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Pandemik COVID-19 Buat CEO Bank Untung Besar, Catat Kenaikan Gaji Dan Bonus Berjuta

Benarkah Kerja Di Bank Banyak Duit?

Kisah Pengasas SoftBank, Masayoshi Son Yang Menggegarkan Dunia Startup