Sejak negara Malaysia dilanda dengan wabak COVID-19, dapat dilihat orang ramai serta pelbagai sektor turut terkesan berikutan penularan wabak ini.

Dalam usaha untuk meringankan beban serta bagi memastikan ekonomi negara Malaysia tidak terus parah dalam jangka yang masa panjang, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan moratorium selama enam bulan yang berkuat kuasa pada 1 April 2020 sehingga 30 September 2020.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penangguhan bayaran bulanan ini dibuat menerusi pakej rangsangan ekonomi dimana RM66 bilion daripada RM100 bilion dana tersebut telah disalurkan kepada pihak bank yang menawarkan moratorium.

wpid-picsart_1412847139165
Sumber: Biswardi Hasbi

Bersempena dengan moratorium yang bakal tamat pada hujung bulan hadapan, Datuk Abdul Rahim Bakri selaku Timbalan Menteri Kewangan I pada hari ini telah megumumkan setiap bank di Malaysia mampu serta berpeluang melanjutkan moratorium sehingga Disember 2020.

Individu yang masih bekerja namun terjejas dengan wabak COVID-19 juga akan ditawarkan pengurangan ansuran pinjaman sepadan dengan pengurangan gaji mereka bergantung kepada jenis pembiayaan.

Dalam pada itu, pihak kerajaan ketika ini sedang memfokuskan kepada penawaran moratorium secara bersasar kepada golongan yang memerlukan.

AKPK

Selain itu, peminjam yang gagal melangsaikan bayaran bulanan kepada bank dinasihatkan untuk berhubung dengan pihak bertanggungjawab daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Pengumuman yang dibuat nyata memberi bayangan pihak bank berpeluang melanjutkan moratorium. Dalam pada itu, masih belum disahkan sama ada pihak bank bersetuju untuk melanjutnya buat semua peminjam atau secara bersasar seperti sebelum ini.

Pada akhir bulan lalu, PM telah mengumumkan lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar kepada golongan yang memerlukan.

PM Umum Lanjutan Moratorium Dan Bantuan Bank Bersasar Kepada Golongan Memerlukan

Tiada Caj Tambahan Buat Peminjam Sewa Beli Konvensional Dan Shariah Sepanjang Moratorium

Kejutan Moratorium, Berapa Lebihan Faedah Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Ambil?

Sumber