Sebelum ini, sebarang transaksi di kaunter bank tidak dikenakan sebarang caj tetapi kini anda akan dikenakan caj tambahan.

Terbaharu, dikhabarkan beberapa buah bank komersial utama telah mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM2 untuk perkhidmatan transaksi pembayaran kad kredit dan kaunter.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, caj sebanyak RM0.50 telah dikenakan untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM) dan mesin deposit cek (CQM). Untuk maklumat anda, bayaran tambahan ini tidak akan dinyatakan pada slip pembayaran sebaliknya dicajkan ke dalam akaun peminjam.

Caj-Tambahan-Perkhidmatan-Bank
Sumber: TTKM

Caj ini dijalankan bertujuan untuk menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan internet dimana tiada caj tambahan akan dikenakan dengan kebenaran daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Pastinya caj tambahan ini sedikit sebanyak akan menyukarkan pelbagai pihak, lagi-lagi yang tidak menggunakan perbankan internet. Jika anda ingin membantah pihak bank kenakan caj tambahan ini, anda boleh membantah dan membuat aduan melalui laman sesawang ini.

Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Tahukah anda bahawa AirAsia kini tidak lagi mengenakan yuran pemprosesan ketika pembelian tiket penerbangan?

Tiada Lagi ‘Yuran Pemprosesan’ Ketika Membeli Tiket Penerbangan AirAsia Mulai Oktober Ini

Maybank Bakal Kenakan Caj Tambahan Untuk Pembayaran Pinjaman Di Kaunter

Sumber