Sebuah lagi inovasi baru daripada FinTech kini telah mula ditawarkan kepada pengguna. Teknologi yang kami maksudkan adalah bank maya atau virtual bank. Sebuah sistem yang membolehkan orang ramai menguruskan urusan bank hanya daripada atas talian sahaja.

Setakat tahun lepas sahaja, Standard Chartered berjaya membuka sejumlah besar bank maya buat 9 buah negara dan pada tahun ini Citibank bakal turut mengikuti jejak langkah yang sama dengan target 16 negara menjelang tahun hadapan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Beza bank maya dengan laman perbankan atas talian

maxresdefault (3)

Apakah yang membezakan bank maya dengan servis online banking sedia ada? Kedua-duanya berkongsi penawaran servis yang hampir sama namun virtual bank dikatakan menawarkan servis secara menyeluruh.

Dalam erti kata lain, servis melibatkan pinjaman serta kad kredit semuanya dapat diurus daripada atas talian melalui panggilan secara video terus kepada pegawai bertugas. Servis ini juga dikatakan mampu menjimatkan masa kedua-dua belah pihak sekaligus berjaya mengurangkan kos bank untuk jangka masa yang panjang.

Masa depan bank maya

bank maya

Dengan peningkatan kepekaan orang ramai terhadap teknologi seiring dengan kelajuan internet, bank maya dilihat sebagai teknologi masa hadapan. Cawangan bank tradisional masih lagi ditawarkan buat mereka yang kurang mahir di dalam bidang IT namun peningkatan bank maya dilihat positif menjelang tahun-tahun akan datang.

Adakah kehadiran bank maya bakal memaksa syarikat bank menutup cawangan bank sedia ada? Secara logiknya, ya kerana hal ini sekaligus dapat mengurangkan kos operasi bank lebih-lebih lagi cawangan yang mempunyai prestasi kurang baik. Namun penutupan ini mungkin dibuat secara berperingkat.

Anda boleh lihat contoh yang sama diluar negara apabila Amazon atau hypermarket mula melancarkan penjualan secara online.

Mampukah bank maya diimplemen di Malaysia

1_243528

Mungkin agak sukar ketika ini untuk dijalankan berdasarkan servis yang ditawarkan oleh bank di Malaysia. Dalam pada itu, langkah untuk memulakan LiveBank pada masa akan datang mungkin agak realistik pada masa akan datang bermula dengan servis-servis asas yang ditawarkan.

Kelajuan internet dan servis yang efisien daripada kedua-dua pihak antara yang perlu diperkemaskan bagi membolehkan sistem ini berjalan dengan lancar.