Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada hari esok, 3 Disember 2021 bersempena kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021.

Bagaiamanapun memetik kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia (BNM), pihaknya mengumumkan bahawa bank pusat dan semua bank termasuk cawangan-cawangannya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan dibuka serta beroperasi seperti biasa esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Sehubungan itu, urus niaga pasaran kewangan dalam pasaran pertukaran asing, pasaran wang dan pasaran bon melalui kaunter juga akan terus beroperasi pada hari itu,” kata bank pusat dalam satu kenyataan di laman web rasminya.

Cuti peristiwa yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan baru-baru ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.

Dalam berita lain, ASNB telah umum pengagihan pendapatan ASN Imbang 1 untuk tahun ini. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Raih Pendapatan Bersih RM31.2 Juta, ASNB Umum Agihan Pendapatan 2.74 Sen Seunit Bagi ASN Imbang 1

Transaksi Wang Melebihi RM25,000 Perlu Dilaporkan Ke BNM Bermula Hari Ini