Jadi. Dah dengar semalam cerita Bank Negara potong interest rate.

Memang sebelum ni orang dah bercakap-cakap akan ada potongan. Tetapi pasaran jangka semasa mesyarat bulan September nanti.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tup tup, mesyuarat semalam dah potong. Hmm. Boleh tahan jugak gabenor baru kita ni.

Berbanding dengan Zeti dulu, dia akan bagi hint sebelum dia buat apa-apa. Gabenor baru ni terus je. Takde hint.

Sebab tu market was caught by surprise. Tak apa. Memang style dia macam tu kot.

Ok. Jadi semalam Bank Negara potong kadar faedah sebanyak 25bps. Dari 3.25% menjadi 3.00%.

Positif ke negatif?

Bergantung kepada siapa yang bertanya.

Untuk ‘man on the street’ macam kita, lower interest rate means cheaper borrowing cost.

Kadar faedah untuk pinjama akan lebih rendah lepas ni. Aku tak sure quantum dia banyak mana, tapi akan ada penurunanlah. Mereka yang kaki property yang rumah main juta-juta tu, banyaklah kurangnya bayar bulan-bulan selepas ini.

Macam tu juga dengan pinjaman kereta. Aku tak tau sangat pasal bank komersil, tetapi sepatutnya pinjaman kereta akan jadi lebih rendah (untuk pinjaman baru. Existing hire purchase tak ada kesan rasanya, sebab dah fixed). Tak nak beli Civic baru?

Tapi untuk pelabur, berita interest rate cut ni tak syok sangat pada diaorang. Sebab bank akan rendahkan pulangan pelaburan.

Katalah sebelum ini kalau buat placement, dapat 3.40% (p.a.). Bila interest rate cut, pulangan akan jadi lebih rendah, contoh 3.00% (p.a.) saja. Bayangkan kalau kita laburkan RM2-3 juta. Banyak jugak yang kita dah rugi tu kan?

Itu untuk soalan positif atau negatif berita ini.

Soalan seterusnya, kenapa Bank Negara kurangkan kadar faedah? Why?

Pertamanya, kita kena tahu konsep asas ini — ketika ekonomi bagus, berkembang terlalu pesat, kadar faedah akan dinaikkan.

Tetapi kalau ekonomi perlahan, kadar faedah akan dikurangkan.

Kaitan dia macam ini.

Bila ekonomi terlalu pesat, syarikat atau kilang untung banyak, gaji pekerja naik, bonus 24 bulan, apa akan jadi?

Semua orang akan ada banyak duit. Bila duit terlalu banyak dalam pasaran, nilai duit jadi macam mana?

Nilai duit akan jatuh. Itu yang kita panggil inflasi.

Sebab semua orang ada duit. Lepas tu, peniaga akan buat apa?

Peniaga akan naikkanlah harga. Ala-ala macam bid lah. Sapa yang ada duit lagi banyak, dialah yang dapat beli barang.

Hasilnya, harga barang naik lebih tinggi.

Jadi, antara cara untuk kawal inflasi, adalah dengan menaikkan interest rate.

Macam aku cakap tadi, interest rate tinggi bermaksud higher borrowing cost.

Orang akan mula kawal perbelanjaan. Nak buat pinjaman pun fikir dua kali, sebab kadar faedah dah mahal. Yang rasa tak payah tu, batalkan je terus, tak jadi pinjam.

Orang akan mula simpan duit. Melabur balik sebab macam contoh aku bagi tadi, pulangan pun akan dilaras menjadi lebih tinggi.

Ok?

Itu cerita macam mana nak kawal kalau ekonomi kita berkembang pesat.

Kita reverse pulak.

Kalau ekonomi kita semakin perlahan?

Terbalikkanlah. Rendahkan kadar faedah semula.

Bila kos meminjam semakin rendah, nanti adalah yang gatal nak beli kereta baru, nak buat pinjaman untuk besarkan dapur, mula bisnes baru dan sebagainya.

Maknanya apa?

Semua aktiviti ini akan stimulate balik ekonomi yang perlahan tadi.

Jurujual kereta dapatlah komisyen bila kereta ada orang beli.

Kontractor adalah job bila kita suruh renovate dapur….

Nampak tak?

Dan itulah yang berlaku sekarang.

Turunkan kadar faedah ini adalah salah satu cara nak galakkan kita untuk berbelanja. Langkah lain kita dah buat seperti bagi BR1M, penetapan gaji minimum, naikkan gaji pegawai kerajaan, bagi bonus pula lagi, rendahkan caruman bulanan ke EPF, semua tu sebab nak bagi tunai pada tangan kita, untuk kita belanja (stimulate the economy).

Kot-kotlah masih ada yang tak perasan, ekonomi kita makin perlahan sekarang.

Kayu ukur paling mudah adalah GDP (gross domestic product. Google-lah. Jenuh kalau semua aku nak terangkan di sini).

1Q 2015: 5.7%
2Q 2015: 4.9%
3Q 2015: 4.7%
4Q 2015: 4.5%
1Q 2016: 4.2%

Nampak tak trend sejak setahun yang lepas? Ya. Makin lama makin rendah.

Untuk GDP 2Q 2016, Bank Negara akan umum 12/08 nanti. Dok rasa 4.0% sahaja.

Sekarang, dengan historical GDP figure atas ni, kita tau ekonomi kita memang semakin lembap.

Kaitkan balik dengan yang aku tulis di atas tadi.

Bila ekonomi perlahan?

Pandai. Kita turunkan interest rate. FYI paling rendah, interest rate kita pernah turun sehingga 2.0% (zaman gawat 2008-2009 dulu).

Cumanya yang kita bimbang sekarang, memang borrowing cost jadi murah. Tapi loan approval rate macam mana pula?

Sebagai contoh, apabila kita tengok statistik (too bad I can’t share the charts here), kelulusan kad kredit dah jatuh sekitar 40% je (vs. 80% pada tahun 2014).

Maknanya makin ramai orang tak layak nak dapat kad kredit atau pinjaman. Yang ni mungkin boleh kait dengan household debt pula.

Masing-masing dah banyak komitmen hutang. Tak layak nak buat pinjaman baru. Jadi tak guna juga kalau interest rate rendah, kita tak layak nak gunakan, kan?

Ha. Amacam? Rasa teruk ka ekonomi kita bila baca ni? Haha.

Tapi, to be fair, kita tengok orang lain sama.

Memang satu dunia pun macam nilah pattern-nya. Kalau kita rasa ekonomi kita teruk, baaaanyak lagi negara yang lagi teruk depa punya slowdown. Ada yang berisiko nak recession pun ada.

Aku pernah tuliskan pasal negative interest rate hari tu? Yang tak baca lagi, pi cari.

Baru-baru ni IMF downgrade ramalan GDP untuk Eurozone (untuk 2016) daripada 1.7% kepada 1.6%. (Haa, cuba banding dengan GDP kita. Sebab tu aku kata economy growth kita sekitar 4.0% tu ‘ok’ lagilah). Sebelum tu IMF downgrade ekonomi US economy, daripada 2.4% menjadi 2.2%.

Nampak tak GDP orang lain macamana? Teruk, kan? Sebab tu bank pusat negara masing-masing mahu turunkan interest rate sekarang.

Sebut sahaja negara mana. Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Korea, Japan, semua potong kadar faedah.

Hmm. Panjang dah ni. Cukuplah dulu. Kalau hangpa tak muntah, lain kali aku tulis lagi.

Nota tambahan:

Kalau rajin, boleh baca statement yang Bank Negara keluarkan semalam. Google “BNM MPC statement”. Nanti keluarlah.

Pasal impak Brexit pulak, nak kata direct impact pun tak adalah juga. Sebab eksport kita ke UK sikit saja (1.1%).

Tetapi oleh kerana Brexit beri kesan kepada EU, ini mungkin ada impak juga pada kita. EU top 3 (mungkin) eksport kita. Banyak juga yang kita jual di sana. Jadi apbila permintaan di sana rendah, kita pun kena jugalah tempias di sini.

Nonetheless, Pound 5.22 sekarang (vs. sebelum Brexit 5.93). Boleh lagi nak pi jalan sana. Hehe.

Market is now expecting another 25bps cut this year.

Tahun ni ada dua meeting lagi. September dengan November.

Sekian.