Seperti yang kita tahu, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan syiling peringatan bersempena dengan pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

coins-thumbnail
Sumber: Bank Negara Malaysia

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai pembukaan tempahan dan pembayaran secara online kepada orang ramai yang ingin memiliki syiking khas itu. Tempahan boleh dibuat di laman web rasmi Bank Negara Malaysia bermula 19 Ogos hingga 11 malam 23 Ogos. Orang ramai dinasihatkan untuk berurusan secara langsung menerusi laman web ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Seorang pembeli hanya dihadkan untuk menempah satu syiling emas , tiga syiling Emas Nordic, satu syiling perak atau satu unit set dua dalam satu perak dan emas nordic. Keputusan tempahan akan dikeluarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia akan diumumkan di laman web yang sama pada 17 September 2019. Pembeli yang berjaya akan menerima syiling peringatan yang ditempah bermula 30 September hingga 11 Oktober di lokasi yang mereka pilih ketika membuat tempahan.