Sejurus selepas Pakatan Harapan dilantik sebagai kerajaan baru Malaysia, Bank Negara Malaysia baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah kenyataan rasmi dimana pihak mereka yakin dengan kemampuan parti baru ini mengemudi ekonomi negara pasca PRU14.

Dalam pada itu, Bank Negara Malaysia turut menyatakan ketidakstabilan matawang Ringgit Malaysia dalam masa terdekat ini antara yang dijangkakan. Rakyat Malaysia juga dinasihatkan agar memberi peluang kepada pihak kerajaan dan BNM agar menstabilkan kembali ekonomi negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Tan Sri Muhammad Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia

Mengulas mengenai pelupusan Goods Service Tax atau lebih dikenali dengan singkatan GST, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir menegaskan idea tersebut adalah realistik dan mampu dilaksanakan berdasarkan pendapatan yang diterima negara beserta pengurangan ketirisan wang yang berlaku.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Tan Sri Muhammad Ibrahim selaku Gabenor Bank Negara Malaysia.

Diharap dengan perlantikan beberapa tokoh berkredibiliti tinggi sebagai majlis penasihat melibatkan Tan Sri Zeti Aziz selaku mantan Gabenor Malaysia sedikit sebanyak mampu memulihkan kembali Ringgit Malaysia kepada paras yang lebih baik.

Setakat ini Overnight Policy Rate (OPR) masih lagi dikekalkan pada 3.25 sekaligus memberi sinar buat ekonomi Malaysia kembali bangkit semula.

Sumber