Pernah lihat lukisan-lukisan graffiti bermesej seperti ini di media sosial? Tahukah anda siapakah gerangan yang melakukan semua ini? Ianya adalah hasil kerja orang yang sama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Banksy, merupakan pelukis jalanan (street art) dari UK. Apa yang misterinya, hingga kini tiada siapa pun tahu siapakah Banksy yang sebenarnya. Dia hanya dikenali melalui hasil seninya sahaja.

Hasil graffitinya mendapat perhatian bukan kerana kreatif semata-mata, tetapi disebabkan mesej-mesej kemanusiaan, peperangan dan kemelut politik yang cuba ditonjolkannya. Punya beraninya Banksy ni.

Lihatlah bagaimana Banksy menyampaikan mesej melalui lukisannya hanya di bangunan-bangunan yang telah runtuh akibat peperangan mahupun di kaki lima, sekaligus mengkritik pihak-pihak yang berwajib di atas kemelut yang melanda.

Bagi dirinya, sama ada lukisannya dapat difahami masyarakat dunia ataupun tidak, dia tetap terus melakukan aktiviti tersebut.

Walaupun saya tidak tahu siapa Bankys yang sebenarnya, tetapi dari sudut kerja seni yang dihasilkannya, saya harap Bankys mampu menghasilkan lebih banyak seni graffiti untuk menegur pemimpin-pemimpin atasan serta mampu membuka mata masyarakat global mengenai keadaan sebenar dunia hari ini.

Cuba fahami gambar graffiti yang disampaikan oleh Bankys dibawah, anda pasti akan terasa ‘sesuatu’ yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.