Pada pagi semalam tular kisah seorang graduan terkandas dalam kesesakan lalu lintas di luar jangkaan apabila terdapat kemalangan di jambatan Pulau Pinang. Bagaimanapun graduan tersebut tidak terlepas majlis tersebut dengan bantuan seorang penunggang motosikal.

Menurut graduan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, R Kevin, 28, ketika itu sudah lewat bagi menghadiri Upacara Konvokesyen ke-59 USM yang dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia serta ibu dan bapanya bertolak ke USM dari rumah mereka di Seberang Jaya, di sini, pada jam 6.30 pagi. Namun mereka tidak menyangka insiden kemalangan yang berlaku di atas jambatan berkenaan menyebabkan trafik tidak bergerak dan kesesakan luar biasa.

Sumber Gambar: Facebook Universiti Sains Malaysia

“Pada mulanya, saya menyangka kesesakan itu tidak berpanjangan tetapi apabila sudah melepasi jam 9 pagi dan kenderaan masih tidak bergerak, saya nekad turun dari kereta serta mencari alternatif lain bagi ke upacara itu.

“Memang panik dan hanya itu sahaja yang saya fikirkan iaitu mahu tumpang penunggang motosikal kerana impian saya cuma mahu naik ke pentas bagi menerima ijazah,” katanya di sini, hari ini.

Kemudiannya, Kevin turun dari kenderaan sambil memegang jubah konvokesyen serta mencuba nasib dengan menahan motosikal yang melalui laluan itu. Katanya, mujurlah ada penunggang motosikal yang sudi berhenti dan membantu membawanya ke USM.

Sumber Gambar: Facebook Penang Kini

“Dalam keadaan tergesa-gesa itu, saya tidak sempat berbual panjang dengan insan mulia berkenaan namun saya ambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih kepadanya.

“Memang terharu dengan bantuannya dan tanpa pertolongan itu, saya mungkin tidak sempat merasa naik ke pentas pada hari ini,” katanya lagi.

Menerusi komen-komen yang dikongsikan netizen pada media sosial, ramai memuji penunggang motosikal itu — dikenali sebagai ‘Asri Perda’ — yang baik hati menumpangkan Kevin supaya dia tidak terlepas majlis konvokesyen yang cukup bermakna buat dirinya.

Sumber Gambar: Facebook Penang Kini
Sumber Gambar: Facebook Penang Press
Sumber Gambar: Facebook USM
Sumber Gambar: Facebook USM

Orang ramai turut menyatakan kejadian ini akan menjadi bualan sehinggalah generasi pada masa akan datang kerana ia bukti rakyat Malaysia dapat bersatu-padu dalam mengatasi rintangan dan masalah bersama-sama.

Terdahulu orang ramai memuji pihak pentadbiran USM kerana menangguhkan sementara majlis konvokesyen untuk menunggu para graduan yang terkandas di atas jambatan Pulau Pinang.

Tangguh Majlis Selama 30 Minit Untuk Tunggu Graduan Terkandas, Keprihatinan Pihak USM Dipuji Ramai

Menarik Dan Kreatif, Netizen Puji Cara ‘Admin’ Media Sosial USM Raikan Kedatangan Pelajar Baharu

Lihat Rekaan Konsep Hostel Persis ‘Hotel 5 Bintang’ Di Universiti Sains Malaysia